luah apa yang dirasa


oppssss !~
ayat pertama keluar bile tangan memetik kekunci ajaib ,
yang berada didepan mata .
dengan suasana kegelapan dan lagi kesejukan .
hanya berseluar pendek dan berbaju tido .
*kantoi . hahaha
ingatkan malam nie malas nak update blog .
coz tak ada topik langsung dalam pale hotak yang tak berapa nak waras lagi .
selepas maharungi hari yang sangat memenatkan .
tapi saya gagahkan diri untuk menulis juga .
kerana . . . . .
let it be secret .
menggunakan topik semalam .
salah ke saya menyewarakan apa yang saya rasa ?
itu cuma pendapat .
saya memberi pendapat sebab saya dah lalui apa yang orang tu rasa .
saya muda orang itu juga muda .
tapi saya rasa saya lebih lalui waktu muda dulu sebelum orang tu .
saya menulis apa yang saya rasa dan apa saya patut tulis .
kita dengar kita story .
salah ? saya rasa itu tak salah .

" kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang "

itu yang saya nak tekan kan disitu .
saya tak hipokrit . bermuka² depan orang .
saya tak suka saya cakap saya tak suka .
maaf sangat . saya paling pantang ahli keluarga saya diperlaku begitu .
tak kiralah awak bukan buat pada saya .
tapi bila ada berkaitan dengan anak HASNOL semua akan merasai benda yang sama .
saya tak suka bila apa yang tak dicakap atau diungkap
dibuat cerita untuk orang lain belaga .
*luah apa yang dirasa

saya cuba jadi matang untuk saya dan orang sekeliling saya .
saya sayang orang tu saya sayang semua .
apa yang saya beri atas satu nasihat .
bukan untuk fight or whatever
terpulang . i love and respect your family .
and please respect mine to .

we same but different
macam rambut sama hitam
tapi hati lain² .

good luck with what you went through after this.
no hurt feelings.
Chill !
be a strong girl ANIS
see next entry xoxoxo

dont play²


hye² . update lagi setelah mengabaikan blog ini .
seperti biase sibuk dengan urusan dunia
yang takkan terhenti sampai waktunye .
so now we start the story .
saya menulis disini bukan la nak salahkan dengan apa yang berlaku pada diri saya
serius tak . tak salah kan qada' qadar yang
telah tersedia untuk saya .
cuma kadang² tidak berpuas hati kepada orang yang suke mempermainkan perasaan orang lain.
saya tak cakap saya terlalu baik untuk semua orang yang ada disekeliling saya .
tapi saya CUBA jadi yang terbaik .
begitu jugak awak semua .
mungkin saya pernah lalui apa yang awak lalui sekarang .
dikelilingi kaum adam yang mengiginkan awak .
ye saya tahu , seronoknye situasi itu . ramai yang
sudi memberi kasih sayang ,
perhatian , kadang² sanggup berhabis untuk awak .
seronokkan . memang seronok .
tapi keseronokkan itu hanya seketika .
sampai satu tahap awak tak dapat melayan kesemua kaum adam yang inginkan awak .
akan sampai satu tahap kaum adam tu mintak yang apa tak terlintas dalam pemikiran kita .
tak semua kaum adam begitu . sesetengahnye .
yang sesetengah lagi mungkin akan tarik diri dan
blaa lagi tanpa memaafkan awak sampai bila² .
mahu macam tu ? mesti tak mahukan .
kita mesti nakkan yang ikhlas menerima kita seadanye .
yang menghormati kita sebagai kaum hawa .
yang menghargai kita kaum hawa yang lemah ini .
dan dapat bimbing kita kejalan direhdai ALLAH .
siapa yang tak nak macam tu . saya tahu semua mahukan .
tapi kita perlu jadi orang yang pandai hormati orang yang kita berkawan .
jika kita berkawan ramai , cari yang terbaek .
kalau tak mahu kata kan tak mahu .
jangan simpan dia untuk jadi spare parts awak .
kalau awak tak dapat yang awak mahukan awak ambil dia .
tak . . salah tu . cuba kata awak dapat ape yang awak mahukan . ?
apa yang akan awak akan perkatakan pada yang menanti awak . ?
kalau dia terlalu kecewa dan tak berfikiran waras .
terus terjun longkang . hahaha .
kalau longkang tak pe lagi . kalau terjun banggunan
dengan perkata senangnye suicide macam mana ?
siapa nak menjawab . awak ?
of course la awak tak mengaku .
sebab awak tak nampak ape yang awak dah buat dekat dia .
tu sebelum terjadi apa² yang tak diinginkan
kita kena guna otak yang ALLAH dah beri pada kita .
kalau tak mahu katakan NO .
dengan perkataan yang berhemah .
seperti

"u deserve a better girl , saya tak layak untuk awak."
( pinjam ayat ika .)

itu lah contoh tolak dengan cara baik .
takkan siapa yang akan simpan dendam pada awak .
nasihat saya , fikir dulu sebelum mengecewakan banyak hati .
kalau awak still single macam saya ^^
belajar untuk redha dengan apa yang awak lalui .
percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnye .
ALLAH akan kurniakan yang terbaik untuk kita . (^-)V
BELIEVE!
so DONT PLAY² ha !

see at next entry
xoxoxo


heart with Asmara 2


nak story ckit . dulu saya tak berape layan sangat cerita asmara .
tp follow la ckit² . tahu la ape jadi ,
tahu jugak la jalan cerita
now tak sangka ade sambung .
layan terus sampai ulang² tengok kat . tonton
suke tengok asmara ( Shahz Jaszle ) and melati ( Faralyna Idris )
nampak shuweet sangat .
dari asmara musim lepas lagi suke tengok dyeorang .
tapi sakit jiwa tiap kali nak tunggu hari selasa .
rase lambat sesangat . tu yang duk ulang layan kat tonton .
lagu² kat dalam asmara pown sedap² .
tapi paling tak best main cinta 3 segi pulak .
sakit jiwe woO .
so kene tunggu la ke sudahan nye .
nie aku siapkan sinopsisnye .

Sinopsis Drama Asmara 2 (tv3)
Mungkinkah Asmara akan kembali kepada kekasih pertamanya, Melati selepas Zaliya meninggal dunia? Persoalan yang telah mengakhiri siri drama ASMARA ketika menghiasi slot Lestary pada 31 Ogos – 30 November, 2010 bukan sahaja menerima ‘rating’ atau kadar tontonan yang tinggi pada 3.1juta penonton malah ramai yang mahukan siri popular tersebut disambung seterusnya mengetahui pilihan hati Asmara.

Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
drama asmara 2
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.
drama asmara 2
Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?
drama asmara 2

happy anniversary


happy anniversary
mama and baba .
semoga pekenalan 26 tahun dan bahtera yang telah dibina selama 24 tahun
ini kekal selama²nye .
ameen .
sayang mama and baba ketat²
^^

time to start a new life .

ola ! lame dah tak update blog .
kekeringgan idea la .
maaf and mohon ampun .
hehehe .
nie nak story . lepas wedding nani
rase dapat bernafas dengan lapangnye .
semuanye dah s
elesai .
alhamdulillah .
banyak jugak la duit gaji terbang time nani nak kahwin .
hahaha . it's ok .
untuk kepuasan diri jugakkan .
lepas tu busy balik dengan kedai .
macam biase keje³
kembali kepada asal .
hahaha . tak buleh cuti lame² .
now kene pk nak p ambik handphone yang baru baek tu .
hurmmm . . . duit lagi anis . ^^
(story lari tajuk pulak .)

kembali pada asal (tajuk)
setiap orang ade impian .
semua impian .
macam tu jugak saya .
saya teringin nak pakai jubah .
pakai tudung labuh .
hahaha . impian pelik buat gadis zaman sekarangkan .
tapi itu la impian saya .
dulu saya pernah free hair .
sekejap . about 1 year je .
then saya pakai tudung balik .
sebab saya rase lelaki selalu ambil kesempatan pada gurl² freehair nie .
dyeorg ingat semua gurl sosial kew ?
now saya berazam tak mahu buka tudung saya lagi
insyallah . ^^
tapi tak tahu bile saya berpeluang pakai macam tu .
lepas kahwin nanti myb .
doa²kan lah .
semoga allah lorongkan .
^^
bagi permulaannye saya cuba