ramadhan datang lagi

Assalamualaikum . Lama rasanya tak mengupdate blog tercinta ni . Almaklum macam biasa , saya busy mengalahkan menteri , sedangkan menteri pun ada masa nak mengupdate apa-apa yang berlaku pada waktu dan ketika tu . Now dah bulan ramadhan . Bulan yang ditungu-tunggu seluruh umat islam kat dunia ni . Tak terkecuali saya . Memang saya nanti-nantikan bulan ramadhan dan mengharapkan bulan ramadhan kali ni membawa seribu keinsafan dalam diri saya . Saya cuba lupakan pekara-pekara lalu dan mencuba bina hidup baru . Hari ni dah masuk 3 ramadhan , saya belum berkesempatan lagi untuk menunaikan solat sunat tarawih kerana komitment pada kerja . Harap-harap dapat la buat sebelum ramadhan melabuhkan tirai . Tahun ni pada mulanya nak beli baju raya warna merah . Kenapa merah ? Sebab nakkan kelainan . Tiap-tiap tahun warna yang sama je kadang-kadang jemu juga . So kita tukar angin . Ambik kaler merah . Tapi saya tak nak membazir . Tahun ala-ala kadar je pesiapan . Lagipun awal lagi . Tahun alamatnya saya kena sediakan duit raya utuk adik and anak-anak buah . Sebab mak sedara dia orang dah kerja . Hahaha . Raya tahun macam-macam plan kena buat . Harap-harap plan berjalan dengan lancar . Semoga ALLAH permudahkan urusan ku . So sampai sini dulu untuk entry kali ni . Ada masa kita jumpa lagi ~ (^^)